Saturday 23 April 2011

3
Komen
kita dan masalah....

Petang Sabtu ni tiba-tiba terasa ingin menaip. Idea yang ingin dikongsi dengan kawan-kawan yang sudi membaca n3 kali ini datang dari realiti yang telah berlaku dalam hidup aku. KITA DAN MASALAH......setiap hari kita akan berdepan dengan masalah.  Tidak kiralah masalah kecil atau besar bagi kita, apa yang kita definisikan sebagai masalah tidak sama dengan definisi masalah bagi manusia yang lain. Kadang-kadang masalah besar bagi aku tapi bila dikongsi dengan orang lain rupa-rupanya masalah aku tidak la sebesar mana, malahan mendengar rintihan orang lain baru aku tahu masalah aku terlalu enteng berbanding masalah manusia yang lain.

Itu yang pentingnya bila ada masalah jangan simpan sendiri luahkan, katakan, biarlah orang yang mendengar itu tidak dapat membantu cukuplah sekadar ada teman yang mendengar. Itu lah yang mak mertua aku selalu kata pada aku jangan simpan perasaan sendiri. Dan aku mempraktikannya...tapi tidak la aku sentiasa memaksa orang lain mendengar segala luahan aku. Aku luahkan melalui blog dan facebook..kata-kata semangat kawan-kawan, sedara mara, dan  adik beradik  membuatkan aku rasa aku tidak keseorangan di dunia ini. Melalui kata-kata semangat aku rasa aku kuat untuk melalui dugaan hidup, aku rasa aku tidak keseorangan di dunia ini aku juga rasakan ada yang masih mengambil berat dan menyayangi aku.

Manusia dan masalah tidak akan dapat dipisahkan. Sekarang aku cuba untuk menukar definisi 'masalah' kepada 'dugaan hidup'. Rasanya bila aku fikir setiap hari aku diuji dengan dugaan hidup ia membuatkan aku lebih sabar, redha dan lebih tabah. Tapi bila setiap hari aku fikir aku ada masalah aku jadi tak keruan, bosan dan hampir patah semangat. Dan setiap dugaan yang kita lalui pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dan keyakinan itu menjadi perisai agar aku terus tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Betul kata orang jangan terlalu mendongak langit sampai lupa tanah yang di bawah. Dan jangan pula terlalu menunduk ke bawah sehingga tersungkur. Inilah yang aku cuba katakan pada diri sendiri. Setiap hari dalam kehidupan pasti ada perkara baru yang berlaku. Dugaan hidup juga tidak bermakna apa yang kita tidak mahu dalam hidup ini malahan apa yang telah diberikan pada kita. Barulah terasa hidup ini seimbang ada masa kita gembira ada masa kita menangis.....

Bersyukur aku masih hidup hari ini, masih mampu untuk tersenyum, ketawa, menangis dan merintih. Masih ada jiwa untuk menyanyangi dan disayangi. Masih punya perasaan dan kemahuan. Masih diberi peluang menambah pahala dan mengurangkan dosa. Masih lagi bernafas dengan dada yang lapang dan tenang.....

Kepada mereka yang sentiasa berada di sisiku dan sudi menemani aku walaupun tanpa bersua muka atau meluahkankan suara, namun kesudian kalian bersama di saat aku ketawa dan hiba amat bermakna dalam hidup aku......terima kasih tidak terhingga kepada kalian hanya allah mampu membalas jasa baik kalian semua......

Monday 18 April 2011

2
Komen
hati seorang isteri.....

Hari ini hampir seminggu aku berada di Pasir Gudang meninggalkan suami yang berada di seberang Laut China Selatan. Sebagai seorang isteri berada disisi suami sentiasa adalah impian yang terindah. Ada juga pertanyaan yang singgah  'mengapa di tinggalkan suami jauh di sana tidak takutkah akan terjadi apa-apa'....tiada jawapan yang dapat aku suarakan hanya senyuman.  Bila aku pula berseorangan di sana apabila suami ke Sarawak ada juga pertanyaan 'tinggal sorang jer kat umah tak takut ke kat tempat orang'...aku juga tiada jawapan saat soalan itu dilontarkan tepat ke telingaku. Aku juga tiada jawapan mengapa aku dan suami masih lagi tidak ditakdirkan untuk tinggal sebumbung. Apa yang nyata aku ke sini bukan atas dasar suka-suka dan suami juga ke Sarawak bukan sengaja untuk membiarkan aku bersendiri, cuma masa untuk kami tinggal bersama sebumbung belum tiba.

Kesunyian dan kesedihan kerana kembali tinggal bersendirian seakan terubat setiap kali aku melangkah ke sekolah. Kegembiraan yang sebelum ini telah dikongsi dengan suami kini telah dikongsi dengan rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar. Namun kegembiraan itu tetap tidak dapat menandingi kegembiraan ketika berada disisi insan yang tersayang. Hanya doa kepada maha pencipta agar impian dan kegembiraan ketika bersama suami akan menjadi milik kami sekali lagi dan akan terus kekal ke akhir hayat kami.

Mengapa aku mengambil keputusan untuk kembali ke Johor setelah membuat keputusan untuk ke Sabah?...ini juga salah satu persoalan yang perlu aku jawab. Aku memang tiada jawapan untuk diberikan. Aku juga tidak tahu mahu menjelaskan mengapa, bagaimana, dan kenapa apa yang pasti apa yang aku lakukan ini untuk masa depan kami. Sampai bila kami akan terus begini?...hanya allah tempat aku meluahkan dan meminta agar dibukakan seluas-luas jalan, semudah-mudah jalan, semurah-murah rezeki agar tiba masa kami dapat bersama lagi kali ini tidak akan terpisah lagi.

Sekarang jika aku merindui suami atau teringatkan dia akan aku pasang kan lagu 'Baik-Baik Sayang' sebab suami aku menghadiahkan lagu ini buat aku setahun yang lalu......


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata dari mu
Yang aku ingin erti hadir diriku kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan-dengarkan aku
Hanya satu pintaku untuk mu dan hidupmu
Baik-Baik Sayang ada aku untuk mu
Hanya satu pintaku disiang dan malam mu
Baik-Baik Sayang kerna aku untuk mu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampu ku sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan-dengarkan aku.........

Penguat semangat..........................................

Sunday 10 April 2011

0
Komen
Kota Kinabalu...Sabah bah part 4

     Hari ini kami menghabiskan masa bersama-sama di bandar KK. Selepas menonton Merong Mahawangsa di Central Point KK suami mengajak aku pergi ke Pasar ikan. Biasanya akan terdapat pelbagai pilihan makanan laut yang dijual di sini, dari ketam, sotong, ikan, dan bermacam-macam lagi. Tapi hari ini hasil jualan makanan laut agak berkurangan. Biasanya kami akan memborong bahan masakan seminggu sekali di pasar ini. Selain dari menjual hasil laut terdapat juga gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran dan buahan-buahan......sebagai penghilang dahaga terdapat banyak gerai yang menjual air kelapa muda dan puding kelapa muda.......

Bermacam-macam jenis ikan ada dijual di pasar ini.......

Agar-agar laut....
Buah Avacado penah gak aku buat ice blended tambah susu dgn milo..tapi tekak tak leh nak masuk gak..tapi tgok hubby aku minum sedap jer.....

1
Komen
KK, Taman Kinabalu, Kundasang, dan Ranau......Sabah bah part3

         Alhamdulillah insan yang paling aku rindui telah selamat sampai ke KK pada jam 12.00 malam Jumaat lepas. Kami diberikan 3 hari untuk duduk bersama sebumbung kali ini sebelum aku pula bertolak pulang ke Johor Bahru. Setiap saat yang ada ini ku rasakan begitu berharga buat kami dan tidak dapat dinilai dengan emas sekalipun. Entah bila lagi kami akan dapat peluang seperti ini hanya doa dan usaha agar impian aku akan tercapai juga akhirnya.


      Sudah lama aku ingin pergi ke Kundasang, Ranau dan Taman Negara Kinabalu dan semalam suami menunaikan permintaan aku. Kami bertolak jam 9.00 pagi dari rumah. Inilah laluan utama dari kawasan perumahan kami ke jalan besar Papar-Kinarut siap kena merentasi jalan keretapi lagi.
       Perjanan untuk sampai ke Kinabalu Park memakan masa 2 jam 30 minit. Perjalanan menaiki kawasan gunung ini sungguh mengasyikkan. Disepanjang perjalan kami ditemani banjaran-banjaran disekitar Gunung Kinabalu yang menghijau dan dipayungi awan-awan putih.




           Laluan yang berselekoh dan menaiki bukit ini tidak mengizinkan kami untuk memandu laju. Semakin tinggi kami berada di kawasan itu tekanan udara ditelinga makin terasa. Disepanjang jalan juga kelihatan rumah-rumah masyarakat di sini yang pelbagai bentuk. Dan terdapat juga gerai menjual hasil tangan masyarakat di sini di tepi-tepi jalan.



               Perhentian kami yang pertama, sepatutnya perhentian ini membolehkan kita melihat Gunung Kinabalu dengan jelas, tapi nasib tidak menyebelahi kami. Sewaktu kami tiba kabus begitu tebal dan menutupi pandangan jadi dapat bergambar dengan kabus saja la.....



 Pada awalnya aku tidak la menyangka suhu di sini agak rendah sehinggakan aku perlu memakai baju sejuk, tapi rupa-rupanya memang sejuk nasib baik la suami ada membawa baju sejuk..tapi tengokla punyelah besar huhuhu....
           Ketika ini Jam 11.30 pagi. Kabus tebal menutupi pandangan disekitar Kinabalu Park ini jadi yang cuma kelihatan apa yang berada disekitar kami sahaja. Kami tidak berada lama di Taman Kinabalu ini kerana tidak lama selepas kami berada di sini hujan pula turun.

          Perjalanan kami seterusnya ke Kundasang, di tepi jalan utama Kundasang - Ranau ada terdapat pasar jualan hasil tanaman masyarakat di sini. Sayur-sayuran merupakan hasil jualan utama disamping terdapat juga buah-buahan tempatan dan bunga-bungaan.

      Ketika ini jalan utama Kundasang-Ranau ini masih di dalam proses pembaik pulih.....
Ada juga buah strawberi tapi saiznya tidaklah sebesar strawberi import.....

       Destinasi seterusnya adalah Ranau, di sini terdapat kawasan Air Panas yang menjadi tumpaun pelancong dalam dan luar negara. Segar, nyaman dan merehatkan, terletak dikawasan hutan simpan kehijauan hutan dan aliran air terjun membuatkan tempat ini mendamaikan.

      
         Berendam di dalam air panas memang menyegarkan....tapi kami tetap perlu pulang sebelum hari semakin petang dan mungkin akan menyukarkan pemanduan. Namun begitu kami berazam jika ada rezeki kami pasti akan sampai lagi di sini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...