Wednesday 22 February 2012

0
Komen
Beralih Arah......

Adoi...setaun sekali baru nak Post cite...huhuhu...kesibukkan melampau2....
Alhamdulillah tahun baru ni banyak yang akk dapat dalam hidup ni....bersyukur pada Allah tahun ni akak dapat belajar lagi, hubby yang berada diseberang laut juga tlah dapat bertukar ke semenanjung. Dan yang paling gembira kami dapat duduk 1 negeri yang sama dan tiap2 minggu dapat duduk sebumbung berdua.

Betul janji Allah, yang sabar akan dapat termakbul jua permintaannya sama ada lambat atau cepat dan setiap yang berlaku telah dirancang sebaiknya untuk kita. Banyak yang akak dapat dalam hampir dua bulan tirai tahun baru dilabuhkan.

Berkenalan dengan sahabat yang baru meluaskan pandangan, dan menyambung silaturahin serta mengekalkannya bersama sahabat-sahabat lama dan sedia ada mengukuhkan lagi pengalaman hidup ini.

Masalah kita bukan masalah orang lain tapi disebaliknya masalah orang lain, ujian hidup orang lain boleh menjadi salah satu dari pengalaman hidup dan meluaskan pandangan kita bahawa hidup kita tak terlepas dari masalah.

Apa yang penting, masalah akan jadi besar kalau kita menjadikannnya besar dan akan menjadi enteng kalau kita menjadikannya enteng...tepuk dada tanya selera, berbaloikah untuk menjadikan masalah yang enteng itu sebesar gajah, atau berbaloikah menganggap masalah yang sukar sebagai suatu yang mudah.

Bahawa hidup ini indah, walau ada kadang kalanya kita rasa pahit, namun akan terbit juga keindahan dan kemanisannya.

Teringat pada cerita kartun CARS ....bagaimana mereka menghargai sesama sendiri dan sentiasa menyokong di antara satu sama lain. Walaupun berbeza jenama dan rupa mereka tetap setia bersama rakan-rakan mereka dan membantu menyelesaikan masalah yang timbul walaupun tanpa menyatakannya. Pandangan pertama bukan kayu ukur tentang apa yang telah berlaku ataupun apa yang akan berlaku.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...