Sunday 27 March 2011

0
Komen
easy question for SEJARAH T1

Selamat mencuba...senang jer..jangan tengok buku tau kite uji ingatan dan pemahaman kamu...

1. "Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya"
    Petikan di atas boleh dikaitkan dengan?
    A) Ibnu Khaldun  B) Herodutus  C) Palto  D) Tun Sri Lanang

2. " Petempatan manusia zaman Paleolitik di Kota Tampan, Perak"
    Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan kita mengkajinya?
    A) Menghargai jasa pemimpin     B) Melahirkan perasaan jati diri
    C) Menyanjung kegigihan bangsa D) Mempertahankan kedaulatan negara

3. "Zaman Paleolitik"  "Zaman Neolitik"
     Apakah perbezaan diantara Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik?
     A) Manusia zaman Paleolitik tidak lagi tinggal di gua batu
     B) Manusia zaman Paleolitik memulakan kegiatan pertenakan
     C) Manusia zaman Neolitik menggunakan api untuk memasak
     D) Manusia zaman Neolitik mula membuat tembikar dari  tanah liat

4. Mengapakah sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Majapahit dikatakan cekap dan bersistematik?
    A) Berasaskan Undang-undang Manu
    B) Berasaskan Undang-undang Laut Majapahit
    C) Berasakan hukum Kanun Majapahit
    D) Dipengaruhi agama Hindu dan Buddha

5. Terdapat banyak pokok bakau dan api-api di Melaka. Apakah kelebihan pokok-pokok ini kepada Melaka?
    A) Memudahkan urusan perdagangan
    B) Mencantikan pemandangan
    C) Mengawal lalu lintas
    D) Menjadi benteng pertahanan

6. Pernyataan berikut berkaitan dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.
     " Portugis berjaya menawan Melaka antara lainnya disebabkan memperoleh maklumat kekuatan
       pertahanan Melaka daripada Si Kitol". Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa 
       tersebut?
       A) Kepentingan setia kepada raja dan negara
       B) Kekuatan tentera menjalin keamanan
       C) Sedia membantu kuasa yang lebih kuat
       D) Sumber maklumat membantu kejayaan

7. Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan serantau dan hubungan
    antarabangsa. Apakah tujuan jalinan hubunga tersebut?
    A) Pertukaran pendapat dan perkahwinan
    B) Mendapat keuntungan dari cukai yang ditetapkan
    C) Menjamin keselamatan dan menjaga kepentingan perdagangan
    D) Bekerjasama membangunkan Melaka dan menjalin hubungan luar

8. Sejak abad ke-15, negeri Sarawak berada di bawah pentadbiran
    A) Kesultanan Melayu Brunei
    B) Kesultanan Melayu Melaka
    C) Kesultanan Melayu Riau
    D) Kesultanan Melayu Johor

9. Kumpulan dan etnik Bajau tinggal di kawasan persisir pantai seperti pantai Barat dan pantai Timur
    Sabah. Mengapakan mereka mendiami kawasan itu?
    A) Mereka terkenal sebagai petani
    B) Mereka terkenal sebagai pahlawan
    C) Mereka terkenal sebagai penanam padi
    D) Mereka terkenal sebagai pelaut dan nelayan

10. Menurut masyarakat Kadazan dusun malapetaka seperti wabak penyakit dan bencana alam
      berpunca daripada...
      A) Tidak memelihara alam sekitar
      B) Tidak memuja roh atau semangat
      C) Tidak mematuhi unang-undang adat
      D) Masyarakat yang tidak bersatu padu

****......sekarang tepuk dada tanya diri adakah kamu mampu menjawab semua soalan ini dengan mudah dan kamu yakin dengan jawapan kamu?...sebenarnya ada bermacam-macam lagi bentuk soalan dengan pelbagai topik yang telah kamu pelajari oleh itu buatla latihan selalu yerk tiada buku latihan beli, tiada duit nak beli pinjan kat libry, tidak mampu jugak nak pinjam buat la latihan di dalam buku teks bersungguh-sungguh yea sayang....

2
Komen
Sejarah Tingkatan 1 dan 2



Kejarlah cita-cita mu walau setinggi mana kerana diwaktu ini kamu hanya perlu berusaha untuk ke arah itu........

Hari ini kat chatbox fb seorang lagi bekas pelajar saya menyatakan markah sejarahnya yang tidak begitu memberangsangkan.Balik-balik kat chatbox Fb ngadu soalan susah sangat. Bila ditanya adakah mereka mengikuti cara belajar matapelajaran sejarah yang telah diajar dahulu jawapannya "alamak saya lupa la cikgu....".

Sebenarnya matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang terlalu menyeronokkan. Bekas pelajar saya masih ingat kan lagi saya kata tidak ada satu pun di dunia hari ini yang bermula tanpa Sejarah. Masih ingatkah maksud "sejarah" yang telah di definisikan oleh Herodotus, Ibn Khaldun dan Muhd Yusuf Ibrahim? Ketiga-tiga Sejarawan ini memberikan definisi sejarah secara amnya tentang perkara yang telah berlaku berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Matapelajaran sejarah adalah pembelajaran tentang bagaimana bermulanya sesuatu kerajaan, negara, negeri, daerah, kampung, masyarakat ataupun bagaimana bermulanya kemajuan kepada manusia.

Setiap apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari peristiwa yang telah berlaku dahulu. Sebab itu la ada pendapat mengatakan jika kita tidak mengingati atau mengetahui tentang sejarah, kita akan melalui sejarah itu sekali lagi. Saya pasti kamu tidak mahukan negara kita dijajah atau mundur seperti sebelum zaman kemerdekaan? Oleh itu kamu perlu mempelajari Sejarah bersungguh-sungguh sebagaimana kamu meminati BI, Matematik, Sains atau pelbagai lagi matapelajaran. Kalau la matapelajaran Matematik yang memerlukan pengiraan yang pelbagai kamu boleh score inikan pula Subjek Sejarah yang hanya memerlukan pemahaman, kesan dan akibat dari peristiwa kamu tidak boleh nak score sayang sungguh.......

Rata-rata kamu akan mengatakan bahawa subjek sejarah banyak nak hafal...jadi kamu malas untuk menghafal betul kan? Subjek Sejarah merangkumi penjelasan tentang sesebuah peristiwa yang telah berlaku pada waktu dahulu beserta bukti-bukti yang sahih. Contohnya mengapa di negeri Melaka terdapat Kota A Famosa? ini adalah kerana negeri itu pernah dijajah oleh Portugis. Setiap yang berlaku hari ini dapat dijelaskan dengan mudah jika kamu faham dan tahu tentang sejarah yang telah berlaku dahulu.  Jangan membaca buku teks tanpa meringkaskan itu yang penting. Maksud saya ketika kamu membaca sesebuah sub tajuk itu keluarkan nota dan salin mana-mana bahagian yang kamu rasa penting untuk sub tajuk tersebut. Buat yang paling ringkas tetapi mampu menerangkan keseluruhan sub tajuk itu kepada kamu. Kemudian selepas meringkaskan kamu cuba lukiskan peta minda atau lukis keadaan yang berlaku pada subtajuk itu. Contohnya SHTI mengambil alih Pulau Pinang...kamu boleh melukis peta Semenanjung tanah Melayu labelkan di mana Pulau Pinang, lukis kapal SHTI mahu ke Pulau Pinang kemudian secara ringkas labelkan sebab mengapa SHTI ingin menambil Pulau Pinang dan seterusnya.....

Saya percaya bekas pelajar saya masih mengingati pelbagai teknik yang saya ajar telah untuk memudahkan kita mengingati cerita sesuatu peristiwa di dalam subjek Sejarah. Selain dari buat nota ringkas, melukis dan melabel kamu juga boleh bercerita dengan kawan kamu tentang apa yang telah kamu baca dan faham tentang sesebuah tajuk itu. Tahukah kamu dengan bercerita dengan orang lain akan menambahkan lagi pemahaman dan ingatan kamu tentang sesuatu tajuk itu. Sebab itu lah dulu saya suka kamu membentangkan tajuk di hadapan kelas atau menjawab soalan lisan dari saya.

Selain itu, persediaan minda kamu untuk menerima maklumat dari guru amat penting. Sebab itu sebelum ke kelas kamu perlu membaca tajuk yang akan cikgu ajar pada hari itu. Jadi bila cikgu kamu menerangkan di kelas minda kamu sudah bersedia menerimanya dengan baik. Persediaan awal memang penting pelajar sekalian ingat tu.

Latihan jangan tinggal buat selalu itu la yang akan menambahkan lagi kefahaman kamu tentang tajuk yang telah diajar. Jangan anggap ia sukar untuk kamu sebenarnya kamu yang malas nak buat bersungguh-sungguh.


Cara menjawab soalan sejarah....yang pertama kena ada ilmu atau maklumat tentang soalan yang kamu hendak jawab. Kalau subjek sejarah tingkatan 2 jadi dekat kepala kamu mesti ada maklumat tentang subjek tersebut kalau kat kepala kamu cuma ada maklumat tentang Cybercafe, games online macammana nak jawab soalan Sejarah????....cam ne nak dapatkan maklumat??? apa lagi melalui pembacaan, nota ringkas, latihan yang telah dibuat dan pemahaman tentang tajuk. Pilihan jawapan biasanya ada 4 pilih 2 yang paling salah dan abaikan. Dari 2 yang tinggal cari 1 yang paling tepat. Ingat lagi tak kita pernah bt cara ni tahun lepas???.....

Cuba jadikan sub tajuk yang kamu pelajari itu sebagai sebuah cerita yang menarik di minda kamu. Contohnya Tajuk Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak. Bayangkan jalan cerita untuk tajuk ini, lukiskan peta Negeri Sarawak dan Brunei, labelkan di mana kawasan yang terlibat, senaraikan nama-nama utama yang berada di dalam peristiwa ini, contohnya Pangeran Raja Muda Hashim, Pangeran Indera Mahkota, James Brooke, Pembesar Sarawak ataupun watak-watak lain yang boleh membantu kamu memahami peristiwa ini. Senaraikan sebab-sebab mengapa keluarga Brooke berjaya menguasai Sarawak dan bukti-bukti bagi menyokong pemahaman kamu seperti perjanjian-perjanjian yang terlibat di dalam peristiwa ini.

Apa yang penting kamu jangan berputus asa jika gagal sekali, masih ada lagi waktu untuk bermula semula. Sekarang buat yang terbaik untuk diri sendiri....jangan asyik merungut dan salahkan orang lain tapi kamu sendiri sebenarnya yang tidak mahu melakukannya....Percayalah saya sentiasa menyokong kamu selagi kamu buat yang terbaik dan saya doakan agar kamu semua akan berjaya dunia dan akhirat...amin

Friday 25 March 2011

5
Komen
hasil tangan masa kat Pontian...

Jari-jemari ni rindu pulak kat gam UHU, kat gunting dan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang leh digelarkan sebagai hasil tangan. Walaupun tidak la banyak dan tidak la pula sehebat mana namun aku penah la cube-cube menghasilkannya untuk kawan-kawan..Jom tengok he3...

Bakul buah..syok buat Cenderahati cam ni..ini yang dihasilkan atas permintaan Cikgu fadillah dari SMKPG3 untuk majlis2 rasminye.......bukan hantaran tau tuk bagi perasmi Majlis.....yang lawaknye bt last minute esok nak pakai hari ni baru bagitau...

 Hadiah untuk anak sedara dan sepupu masa birthday die orang...balut jer....huhuhu



 Housemate mintak tolong last minute bt hantaran tunang die...pe yang terdaya jer la tolong buatkan..ade lagi sebahagian tapi tah mana tah gambarnye...









Tahun lepas seni tangan dari kain Felt ni cukup popular dikalangan remaja aku pun tidak terkecuali meminatinye setelah melihat hasil tangan cikgu Rashidah......



dan yang terakhir he3...hantaran time tunang pun hasil tangan sendiri.........huhuhu

Wednesday 23 March 2011

0
Komen
kata-kata itu bukan sekadar bicara....

Perkataan demi perkataan kita luahkan setiap hari. Bagi kita manusia ciptaan allah yang dianugerahkan kemampuan untuk bersuara, kata-kata lah yang akan memulakan segala-galanya. Contoh yang ketara kita akan bersuara di dalam hati agar orang lain tidak mengetahui dan mengeluarkan kata-kata melalui suara untuk meluahkan kehendak kita. Contoh yang paling mudah " saya mahu makan" adakah dengan hanya bersuara di dalam hati kita akan dapat menikmati makanan???..Tentunya tidak, tetapi ada sesetengah permintaan cukuplah hanya diluahkan tanpa suara.


Kata-kata yang kita luahkan selalunya berdasarkan apa yang ada difikiran kita. Kebiasanya kita tidak memikirkan kesan di atas kata-kata yang telah diungkapkan. Apa yang penting leganya setelah mengeluarkan kata-kata itulah yang kita rasa. Kuasa kata-kata terlalu hebat..malahan kita berdoa pada allah juga melalui kata-kata, menangis dan meritih juga dengan kata-kata walaupun ia kadangkala tidak terluah dengan suara.


Sesetengah kata-kata menjadi terlalu bermakna pada diri seseorang. Contoh yang paling mudah "saya sayang kamu" atau "saya benci kamu" samada kata-kata itu menggembirakan atau menyedihkan itulah risiko yang perlu kita hadapi saat mendengar kata-kata.


'Membisu seribu bahasa'....langsung tiada makna dan kata-kata juga bukan sekadar bicara. Banyak manfaat yang kita sebenarnya boleh beri kepada orang lain hanya melalui kata-kata. Kejujuran dan keiklasan untuk meluahkan perkataan yang boleh memberi semangat, panduan atau pun ilmu  kepada orang lain adalah kata-kata yang berguna. Tetapi kata-kata yang boleh mengguris, menyakiti hati orang lain cubalah dijauhi.


Kata-kata itu bukan sekadar bicara kosong tapi mungkin akan memberi makna pada yang mendengarnya.......





Sunday 20 March 2011

1
Komen
Unggu Kau Tercipta Untukku Feat Rossa (With Lyric)



aku dan kamu...................

Friday 18 March 2011

7
Komen
sabah bah part 2...huhuhu....

"hujan Emas di tempat orang hujan Batu di tempat sendiri...lebih baik tempat sendiri"...itulah peribahasa yang selalu kita dengar dari kecil...Tapi bagi aku selagi kita berada di Malaysia di mana pun kita berada kita tetap dihujani dengan hujan "Emas"......"Langit tidak selalunya cerah"...aku lebih suka kata-kata ini....di mana juga kita berada pastinya tujuan utama kita berada di situ atas sebab-sebab tertentu. Begitu juga aku, aku berada di sini jauh dari saudara-mara atau kenalan lama hanya kerana ingin hidup bersama suami tercinta. Walaupun hampir dua tahun kami bernikah tapi kami tidak pernah berada di satu bumbung yang sama terlalu lama. Pastinya laut China Selatan kerap memisahkan kami. Namun takdir yang menentukan segala-galanya walaubagaimanapun kita berusaha jika bukan rezeki atau hak kita pastinya tetap bukan menjadi hak kita. Genap dua bulan kami tinggal sebumbung kami terpisah lagi..kali ini suami ku pula terpaksa menjalankan tanggungjawab kepada negara terpaksa berada di Sarawak. Dugaan hidup aku bermula sekali lagi..tapi aku redha jika ini yang telah tertulis dan terbaik bagi kami.
Betul kata orang jauh di mata dekat dihati, dan hati ini hanya untuk suami ku yang ku rindui. Kini segala-galanya aku lakukan sendiri. Jika sebelum ini suami yang mengaturkan segala-gala untuk aku ke sana kemari sekarang hanya panduan 'google Maps' dan GPS yang sentiasa menemani aku. Bukan senang berada jauh dari keluarga yang sudah hampir 30 tahun menemani aku. Seingat aku aku berada jauh dari keluarga pun ketika belajar di KUSTEM, Terengganu itu pun dua minggu sekali atau paling tidak pun sebulan sekali aku pasti menjengah kampung tercinta. Kini bukan senang untuk kembali kerap seperti dulu banyak faktor yang aku perlu timbangkan. Mungkin ini yang dikatakan dugaan berumahtangga yang telah terlebih dahulu dilalui oleh kedua ibu bapa kita......
Redha dengan dugaannya itulah yang terbaik bagi kita. Disaat aku kehilangan punca kerana tiada siapa-siapa berada disekitar aku, Allah beri aku peluang berjumpa rakan-rakan baru. Allah maha mendengar, maha memahami dan maha pemberi............
Semoga kami suami isteri akan sentiasa bersama dalam suka dan duka........



i miss my family so much......

1
Komen
saya RINDU kat SMK PG3....



 Teacher pun LOVE ko orang jugak.....










cikgu hana tah pe yang die bt sekarang ni agaknya....








 kengan terindah adalah apabila kita telah berjaya mencipta kenangan bersama-sama.......
kenangan kita akan sentiasa diingati.....terima kasih di atas pengalaman indah ini......







mungkinkah kenangan ini akan berulang..
                      hanya Tuhan yang dapat menentukan segala-galanya....

Thursday 17 March 2011

2
Komen
sabah bah.......

bermula 5 jan 2011 dari Senai International Airport ke KKIAt2...."betul ke aku nak tinggalkan Johor Ni" itulah debaran hati yang aku rasakan saat melangkahkan kaki ke Senai Airport..pe2 jua yang berlaku aku dah x leh nak berpatah balik....."ni la apa yang aku ingin lakukan"......


sesuatu yang menarik di sini...saat kapal terbang melabuhkan sayapnya LAUT lah yang menggamit pemandangan utama di sini...KKIA terletak berhampiran laut di samping itu landskap pulau-pulau yang berhampiran membuatkan mata terasa seperti memandang lukisan hidup...

perjalanan dari KKIAt2 ke rumah aku hanya memakan masa 20 minit (kalau jalan x jem la)..disepanjang perjalanan juga akan kelihatan rel keretapi di sebelah kiri merentasi beberapa kawasan ekonomi utama di sini...di sebelah kanan pula adalah pesisir laut yang membiru terbentang luas disebelah jalan utama ke Kota Kinabalu ini...yang menariknya kelihatan banjaran gunung menghijau menemani aku disepanjang perjalanan ke rumah...suami yang berada di sebelah hanya memandang sinis ke arah aku ketika aku menyatakan "indahnya tempat ni...."

hampir sampai ke rumah yang baru aku ingin duduki, terbentang luas sawah padi berlatarkan banjaran yang indah....petak-petak padi masih belum berisi dan rel keretapi tadi juga melalui jalan utama ke kawasan perumahan kami suami isteri....



adakah keindahan tempat ini akan menghiburkan hati di kala rindu terhadap Johor semakin hari mencengkam hati.....

1
Komen
cuba dan terus mencuba..................

perjalanan kita yang dirasakan panjang....ada kalanya tidak terasa masa telah berlalu dengan begitu pantas, ada masanya juga hari yang dilalui dirasakan begitu panjang.......pasti di waktu ini rakan-rakanku sibuk memikirkan tentang si kecil, atau sedang mengulit, memeluk atau mungkin sedang memujuk si kecil yang sedang membesar di hadapan mereka....allah akan memberi bila tiba masa yang sesuai dengan kita.......

2
Komen
kepada bekas pelajar cikgu, cikgu tidak akan melupakan kamu.......jadi berusahalah untuk terus berjaya...

* manusia tidak ramai yang dilahirkan dengan kepintaran, tetapi kita semua dilahirkan dengan akal.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...