Sunday 30 October 2011

0
Komen
Percutian yang menghiburkan.....

Dah lama x menulis kat blog akhirnya aku berkesempatan juga mencoret hari ini. Dan yang paling penting ada bahan yang menarik untuk dikongsi dgn kawan-kawan. Cuti Deepavali yang lalu dimanfaatkan sepenuhnya bersama suami yang pulang bercuti, tapi bukan bersama suami sahaja aku memanfaatkan cuti yang ada malahan juga bersama mak mertua, adik ipar dan seorang anak sedara. Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak ke Terengganu setelah meninggalkan Terengganu kali terakhir pada Julai 2004 selepas Konvo KUSTEM.

Akhirnya tanpa dirancang aku mengajak suami dan mertua untuk bercuti di sana. Dah memang rezeki agaknya tanpa banyk soal kami bersiap dan terus bertolak pagi itu juga. Perjalanan dari rumah mertua yang berada di Keratong, Pahang ke Terengganu hanya mengambil masa 6 jam. Jarak perjalanan yang agak tidak berapa lama ini di manfaatkan sepenuhnya oleh kami dengan memandu secara bersederhana.

Persinggahan kami yang pertama di Marang, laluan bersebelahan pantai ini sungguh mengasikkan terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan tradisi masyarakat di sini. Antara banyak-banyak kuih kami memang suka makan kuih Akok, kuih akok memang ada kat mana-mana negeri kat Malaysia sekarang ni, tapi Akok buatan tangan dan berada di Terengganu ni memang best, lemak, manis dan lembut...sekali makan tidak cukup sekeping....rezeki kami tidak berapa ada untuk makan kuih Akok ni masa singgah untuk membeli hanya tinggal 3 biji sahaja, pe lagi tidak mahu terus kempunan 3 biji kuih Akok kami berkongsi 5orang...huhuhu...
Selain Akok kami juga membeli kuih Beka sedap dan  manis....

Kuih Beka...sedap makan masa baru pas angkat dari dapur......


Selepas menikmati kuih Beka, kami pun meneruskan perjalanan..destinasi seterusnya Masjid Terapung, Kuala Terengganu.....menjadi tumpuan pelancong untuk singgah bersolat masjid ini kelihatan terapung dari permukaan air yang memantulkan bayangan masjid tersebut..

Setelah mengelilingi kawasan masjid kami menuju pula ke Mengabang Telipot, Gong Badak dan Seberang Takir melalui juga kawasan pinggir pantai dan terus ke rumah Paklong suami yang terletak  kira-kira 10 minit dari Pantai Batu Buruk. Kedatangan kami disambut dengan senyuman dan tamah mesra. Sungguhnya rumah maklong dan paklong mendamaikan dan menenangkan dengan dikelilingi pelbagai jenis tanaman bunga yang pelbagai jenis.

Malamnya paklong dan maklong mengajak kami maka di restoran anaknya yang terletak berhampiran dengan rumah mereka. Bersungguh kami dapat menikmati ikan bakar yang sedap di Restoran Adeq Sue Ikan Bakar. Terima kasih buat paklong dan maklong. Sesuatu yang berlainan di Restoran Adeq Sue ni sambal ikan bakarnya ada pilihan sama ada sambal biasa atau sambal ikan bersama petai. Dan yang paling best ikan bakar sambal petai nyum2 lain dari yang lain....



ok sapa-sapa yang melancong ke Terengganu leh la singgah rasa macamana  ikan bakar sambal petai. Memang best! hanya terletak kira-kira 10 minit dari Pantai Batu Buruk iaitu di jalan antara uptown futsal Jalan Kamaruddin ke Sek Keb Seri Budiman 1, Kuala Terengganu.

Keesokkan harinya paklong menjamu kami bersarapan nasi dagang dan kuih  kayu keramat yang sememangnya dah lama tekak ni nak merasa. Selepas sahaja menikmati sarapan pagi kami meminta izin dari paklong dan maklong untuk meneruskan perjalanan ke beberapa lokasi di sini.

Cuaca pada hari itu hujan dan lembab hajat hati untuk pergi ke KUSTEM @ UMT diteruskan juga. Sudah 7 tahun aku meninggalkan Kustem. Kenangan ketika belajar dahulu membuatkan hati ini rindu bebenar ingin melihat kampus yang telah memberikan aku segulung ijazah dan merasa juga bergelar seorang mahasiswa. Jauh bezanya dengan apa yang kami ada ketika bergelar mahasiswa 2001-2004...banyak bangunan baru telah menghiasi KUSTEM @ UMT. Hajat untuk bergambar di pintu masuk tidak tercapai hanya mampu mengambil gambar dari kereta buat kenangan..






Destinasi seterusnya Muzium negeri Terengganu yang terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu.





Banyak ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi ketika melawat muzium ini melalui bahan-bahan tinggalan asli yang kami lihat sendiri didepan mata. Secara tidak langsun kami juga dapat melihat sesuatu bahan bersejarah dengan lebih dekat lagi. Kami juga menaiki keretapi mengelilingi seluruh kawasan muzium Terengganu ini.

Setelah menghabiskan masa hampir 2 jam kami meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam yang hanya terletak  beberapa kilometer dari Muzium Terengganu ini.






Masjid Kristal salah sebuah masjid yang terletak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Disini pengunjung juga boleh menaiki bot dan di bawa mengelilingi kawasan Taman Tamadun Islam ini........

(alamak mata dah x tahan nak tidur plk..harap2 leh la sambung cerita cuti ni lagi.......)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...