Tuesday, 31 May 2011

4
Komen
ulang Tahun perkahwinan kami yang ke dua....

Hari ini 30 Mei, genap 2 tahun aku dan suami bergelar suami isteri. Kenangan manis ketika diijabkabulkan menerjah ke kotak ingatan. Walaupun hari ini aku dan suami tidak dapat bersama meraikan detik terindah kami, aku pasti suami aku jua merasai betapa gembiranya bila sampai ke tarikh ini. Masih terngiang-ngiang ditelinga lafaz keramat yang mengesahkan kami sebagai suami isteri, detik itu akan terpahat disanubari hingga akhir hayat aku. Perkenalan aku dan suami sebelum disatukan agak singkat. Bermula sebagai kawan biasa setelah diperkenalkan oleh seorang rakan sehingga membawa kami ke tarikh yang sama pada hari ini dua tahun yang lalu. Sesungguhnya aku bersyukur telah diketemukan dengan dia sebagai suami aku. Hanya dialah tempat aku menumpang kasih dan sayang.....


             Setiap detik yang berlaku pada tarikh ini akan selamanya menjadi detik terindah dalam hidup aku dan suami. Diberi peluang bergelar isteri adalah anugerah terindah, kini semoga ada khabar berita gembira bakal menyusur walaupun tiada tarikh rasmi bila khabar itu akan berlaku....hanya pada allah aku meminta dan hanya pada dia aku kembali....

Sunday, 29 May 2011

0
Komen
Akhirnya................

           Syukur alhamdulillah hari ini aku dapat menulis lagi setelah sekian lama menyepikan diri di sini. Kesibukan yang melanda beberapa minggu sebelum ini akhirnya berakhir seketika apabila bermulanya cuti sekolah. Bersyukur pada allah diberi aku peluang lagi untuk hidup pada hari ini genap usia aku 30 tahun. Ucapan dan doa kawan2, adik beradik dan sedara mara mengiringi hari ini kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga kedetik ini. Esok pula ulang tahun ke 2 perkahwinan aku, semoga hari esok dan akan datang akan semakin berbahagia buat kami....

         Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah mendoakan yang terbaik buat diri saya. Kata-kata dan ucapan kalian semua telah memberi sinar kegembiraan buat saya.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...