Sunday 10 April 2011

1
Komen
KK, Taman Kinabalu, Kundasang, dan Ranau......Sabah bah part3

         Alhamdulillah insan yang paling aku rindui telah selamat sampai ke KK pada jam 12.00 malam Jumaat lepas. Kami diberikan 3 hari untuk duduk bersama sebumbung kali ini sebelum aku pula bertolak pulang ke Johor Bahru. Setiap saat yang ada ini ku rasakan begitu berharga buat kami dan tidak dapat dinilai dengan emas sekalipun. Entah bila lagi kami akan dapat peluang seperti ini hanya doa dan usaha agar impian aku akan tercapai juga akhirnya.


      Sudah lama aku ingin pergi ke Kundasang, Ranau dan Taman Negara Kinabalu dan semalam suami menunaikan permintaan aku. Kami bertolak jam 9.00 pagi dari rumah. Inilah laluan utama dari kawasan perumahan kami ke jalan besar Papar-Kinarut siap kena merentasi jalan keretapi lagi.
       Perjanan untuk sampai ke Kinabalu Park memakan masa 2 jam 30 minit. Perjalanan menaiki kawasan gunung ini sungguh mengasyikkan. Disepanjang perjalan kami ditemani banjaran-banjaran disekitar Gunung Kinabalu yang menghijau dan dipayungi awan-awan putih.




           Laluan yang berselekoh dan menaiki bukit ini tidak mengizinkan kami untuk memandu laju. Semakin tinggi kami berada di kawasan itu tekanan udara ditelinga makin terasa. Disepanjang jalan juga kelihatan rumah-rumah masyarakat di sini yang pelbagai bentuk. Dan terdapat juga gerai menjual hasil tangan masyarakat di sini di tepi-tepi jalan.



               Perhentian kami yang pertama, sepatutnya perhentian ini membolehkan kita melihat Gunung Kinabalu dengan jelas, tapi nasib tidak menyebelahi kami. Sewaktu kami tiba kabus begitu tebal dan menutupi pandangan jadi dapat bergambar dengan kabus saja la.....



 Pada awalnya aku tidak la menyangka suhu di sini agak rendah sehinggakan aku perlu memakai baju sejuk, tapi rupa-rupanya memang sejuk nasib baik la suami ada membawa baju sejuk..tapi tengokla punyelah besar huhuhu....
           Ketika ini Jam 11.30 pagi. Kabus tebal menutupi pandangan disekitar Kinabalu Park ini jadi yang cuma kelihatan apa yang berada disekitar kami sahaja. Kami tidak berada lama di Taman Kinabalu ini kerana tidak lama selepas kami berada di sini hujan pula turun.

          Perjalanan kami seterusnya ke Kundasang, di tepi jalan utama Kundasang - Ranau ada terdapat pasar jualan hasil tanaman masyarakat di sini. Sayur-sayuran merupakan hasil jualan utama disamping terdapat juga buah-buahan tempatan dan bunga-bungaan.

      Ketika ini jalan utama Kundasang-Ranau ini masih di dalam proses pembaik pulih.....
Ada juga buah strawberi tapi saiznya tidaklah sebesar strawberi import.....

       Destinasi seterusnya adalah Ranau, di sini terdapat kawasan Air Panas yang menjadi tumpaun pelancong dalam dan luar negara. Segar, nyaman dan merehatkan, terletak dikawasan hutan simpan kehijauan hutan dan aliran air terjun membuatkan tempat ini mendamaikan.

      
         Berendam di dalam air panas memang menyegarkan....tapi kami tetap perlu pulang sebelum hari semakin petang dan mungkin akan menyukarkan pemanduan. Namun begitu kami berazam jika ada rezeki kami pasti akan sampai lagi di sini....

1 comment:

Cik Ina said...

Beshnyeee. bercuti ea ?
Patot laa sepi jaa.
Da lame tk p sabah. rindu bangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...