Showing posts with label sejarah T1. Show all posts
Showing posts with label sejarah T1. Show all posts

Friday, 1 April 2011

0
Komen
lagi-lagi soalan mudah sejarah T1......

Sila pilih jawapan yang tepat.
1.   Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia antara negara terawal menempuh zaman Prasejarah Dunia?
A)Penemuan manusia perak di Gua Gunung, Perak.
B)Penemuan tulang  mawas di Lembah Bernam, Selangor.
C)Penemuan kapak di Sg Tembeling, Pahang.
D)Penemuan alat batu di Kota Tampan, Perak

2.          * Masyarakat memuja setiap benda seperti batu dan pokok yang dipercayai mempunyai semangat orang yang sudah mati*
Pernyataan di atas menunjukkan masyarakat awal mempercayai?
A)Amalan pembalasan
B)Adat pengebumian
C)Amalan Animisme
D)Kehidupan selepas mati

3.   * Gua Niah, Sarawak
* Bukit Bunuh, Perak
            Apakah persamaan antara kedua-dua lokasi di atas?
A)Petempatan penduduk Zaman Paleolitik
B)Penempatan penduduk Zaman Neolitik
C)Tapak pengembumian manusia Zaman Neolitik
D)Penemuan kapak gangsa dan acuanya

4.   Antara yang berikut, yang manakah tapak Zaman Neolitik di Malaysia?
A)Gua Cha, Kelantan
B)Raub, Pahang
C)Lembah Bernam, Selangor
D)Tingkayu, Sabah

5.   Antara yang berikut, maklumat yang manakah bersesuaian dengan Zaman logam?
i)   Animisme          ii)  Berburu
iii) Berdagang        iv)  Bercucuk tanam
A)i,ii dan iii
B)i, ii dan iv
C)i, iii dan iv
D)ii, iii, dan iv

6.   *Tun Sri Lanang
*Raja Ali Haji
*Abdul Hadi Hassan
Apakah persamaan tokoh-tokoh dalam senarai di atas?
A)Pejuang kemerdekaan
B)Penulis sejarah awal
C)Pahlawan Negara
D)Penulis puisi rakyat

7.   Sumber sekunder dihasilkan melalui
A)Penemuan fosil di gua
B)Penulisan surat peribadi
C)Pengolahan bahan primer
D)Pengumpulan fail rasmi kerajaan

8.       * Penempatan manusia zaman Paleolitik di Kota Tampan, Perak*
Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan kita mengkajinya?
A)Menghargai jasa pemimpin
B)Melahirkan persaan jati diri
C)Menyanjung kegigihan bangsa
D)Mempertahankan kedaulatan Negara

9.   * Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya*
Petikan di atas boleh dikaitkan dengan
A)Ibnu Khaldun
B)Herodutus
C)Plato
D)Abdullah

10. Bagaimanakah perasaan patriotism dapat dibentuk melalui matapelajaran sejarah?
A)Mengetahui kaedah mencari gali artifak
B)Melihat batu bersurat
C)Mengetahui siapa diri, bangsa dan Negara kita sendiri
D)Menyedari kepentingan sejarah

11. Antara yang berikut, manakah lokasi penempatan masyarakat agraria?
i)di tepi laut
ii)lembangan sungai
iii)di kawasan pedalaman
iv)dikawasan pesisir pantai
A)i dan ii
B)ii dan iii
C)iii dan iv
D)i dan iv

12. Apakah peranan yang dimainkan oleh penduduk maritim dalam urusan perdagangan?
A)Sebagai pembekal
B)Sebagai orang tengah
C)Sebagai penjual langsung
D)Sebagai pembeli

13. Pelabuhan terkenal dalam kerajaan Champa ialah?
A)Inderapura
B)Kartabala
C)Chengrai
D)Cherila

14. Dimanakah lokasi kerajaan Maritim?
A)Inderapura
B)Kartabala
C)Chengrai
D)Cherila

15. Apakah gelaran yang digunakan oleh raja Funan yang pertama?
A)Devaraja
B)Inderapura
C)Vyadharapura
D)Kurung Bnam

16. Apakah kepentingan kolam besar yang dibina pada zaman kerajaan Angkor?
A)Sumber ikan
B)Mengairi pertanian
C)Tempat raja bersiram
D)Bekalan air minuman

17. Apakah pandangan masyarakat purba terhadap kedudukan raja dalam sistem pemerintahan?
A)Raja mesti mempunyai kuasa mutlak
B)Tindak tanduk raja tidak boleh dipertikai
C)Raja adalah golongan istimewa yang berbeza taraf kedudukan dengan rakyat
D)Raja adalah jelmaan dewa yang memiliki segala kesaktian dan kekuasaan

18. Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud?
A)Tanah subur
B)Tanah merah
C)Tanah Kelantan
D)Tanah pertanian

19.   * Oc-EO*
Maklumat di atas merujuk kepada sebuah kawasan penting kerajaan agraria. Apakah kepentingan kawasan tersebut?
A)Kawasan pertanian
B)Tempat penternakan
C)Kawasan perdagangan
D)Pelabuhan utama

20. Apakah tindakan yang telah di ambil oleh Parameswara untuk menguasai Temasik?
A)Melancarkan perang ke atas Temasik
B)Membunuh Temagi
C)Menandatangani perjanjian sulit dengan pemerintah Temasik
D)Mendirikan kubu pertahanan di Temasik

21. Apakah bukti yang menunjukkan kerajaan China telah memberi pengiktirafan kepada kerajaan Melaka?
A)Mengahwinkan Puteri China denga pemerintah Melaka
B)Pengurniaan paying kuning dan cap mohor
C)Lawatan persahabatan antara pemerintah kedua-dua Negara
D)Meningkatkan hubungan perdagangan antara Melaka- China

22. Apakah peranan Bendahara apabila Sultan gering atau ke luar Negara?
A)Pentadbir utama
B)Ketua Negara
C)Pemangku Sultan
D)Perdana Menteri

23. Antara berikut kawasan manakah menjadi kawasan pegangan bagi Laksamana?
A)Siantan
B)Temasik
C)Muar
D)Kampar

24. Pada zaman keagungan Melaka terdapat banyak pedagang atas angin di pelabuhan Melaka. Siapakah yang dimaksudkan dengan pedagang atas angin?
A)Pedagang Barat
B)Pedagang India
C)Pedagang Timur
D)Pedagang Arab

25. Antara yang berikut, manakah sebab  Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca dalam urusan perdagangan di Melaka?
i)     Mudah difahami
ii)    Bahasa utama masyarakat Melaka
iii)   Terdapat bahasa asing
iv)   Bahasa ungkapan orang laut
A)I dan ii
B)Ii dan iii
C)Iii dan iv
D)I dan iv

Sila isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan.

·         Siam
·         Pasai
·         Jawa
·         Siak
·         Kampar
·         Akar
·         Lenggong, Perak
·         Temagi
·         Bendahara
·         Laksamana
·         Neolitik
·         Kedah Tua
·         Parameswara
·         China
·         Logam
·         Raden wijaya

1. Pengasas kerajaan Melaka ialah………………………………….
2. Kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu dan dikenali sebagai Kataha :………………
3. Melaka menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan………………………….
4. Rakyat umpama………………… kepada pemerintah.
5. Masyarakat zaman ……………………mempunyai adat resam dan hidup menetap.
6. Masyarakat zaman…………sudah mula bercucuk tanam dan mencipta peralatan tembikar.
7. Kawasan tertua di Malaysia yang mempunyai bukti Pra sejarah ialah di…………………….
8. Pengasas kerajaan Majapahit ialah……………………………….
9. Pemerintah Temasik yang menyambut baik kedatangan Parameswara dan pengikut-    pengikutnya ialah………………..
10. Beliau menjadi ketua urus angkatan perang semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka :…………………………..
11. Ketua angkatan laut :……………..
12. Adalah Melaka telah menjalinkan hubungan serantau dengan kerajaan…………………….,……………………………..,………………………, dan……………………………
13.   Semasa kedatangan Parameswara ke Temasik, Temasik adalah di bawah penguasaan ……………………………….
               

selamat mencuba.......

Sunday, 27 March 2011

0
Komen
easy question for SEJARAH T1

Selamat mencuba...senang jer..jangan tengok buku tau kite uji ingatan dan pemahaman kamu...

1. "Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya"
    Petikan di atas boleh dikaitkan dengan?
    A) Ibnu Khaldun  B) Herodutus  C) Palto  D) Tun Sri Lanang

2. " Petempatan manusia zaman Paleolitik di Kota Tampan, Perak"
    Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan kita mengkajinya?
    A) Menghargai jasa pemimpin     B) Melahirkan perasaan jati diri
    C) Menyanjung kegigihan bangsa D) Mempertahankan kedaulatan negara

3. "Zaman Paleolitik"  "Zaman Neolitik"
     Apakah perbezaan diantara Zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik?
     A) Manusia zaman Paleolitik tidak lagi tinggal di gua batu
     B) Manusia zaman Paleolitik memulakan kegiatan pertenakan
     C) Manusia zaman Neolitik menggunakan api untuk memasak
     D) Manusia zaman Neolitik mula membuat tembikar dari  tanah liat

4. Mengapakah sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Majapahit dikatakan cekap dan bersistematik?
    A) Berasaskan Undang-undang Manu
    B) Berasaskan Undang-undang Laut Majapahit
    C) Berasakan hukum Kanun Majapahit
    D) Dipengaruhi agama Hindu dan Buddha

5. Terdapat banyak pokok bakau dan api-api di Melaka. Apakah kelebihan pokok-pokok ini kepada Melaka?
    A) Memudahkan urusan perdagangan
    B) Mencantikan pemandangan
    C) Mengawal lalu lintas
    D) Menjadi benteng pertahanan

6. Pernyataan berikut berkaitan dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.
     " Portugis berjaya menawan Melaka antara lainnya disebabkan memperoleh maklumat kekuatan
       pertahanan Melaka daripada Si Kitol". Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa 
       tersebut?
       A) Kepentingan setia kepada raja dan negara
       B) Kekuatan tentera menjalin keamanan
       C) Sedia membantu kuasa yang lebih kuat
       D) Sumber maklumat membantu kejayaan

7. Melaka telah menjalinkan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan serantau dan hubungan
    antarabangsa. Apakah tujuan jalinan hubunga tersebut?
    A) Pertukaran pendapat dan perkahwinan
    B) Mendapat keuntungan dari cukai yang ditetapkan
    C) Menjamin keselamatan dan menjaga kepentingan perdagangan
    D) Bekerjasama membangunkan Melaka dan menjalin hubungan luar

8. Sejak abad ke-15, negeri Sarawak berada di bawah pentadbiran
    A) Kesultanan Melayu Brunei
    B) Kesultanan Melayu Melaka
    C) Kesultanan Melayu Riau
    D) Kesultanan Melayu Johor

9. Kumpulan dan etnik Bajau tinggal di kawasan persisir pantai seperti pantai Barat dan pantai Timur
    Sabah. Mengapakan mereka mendiami kawasan itu?
    A) Mereka terkenal sebagai petani
    B) Mereka terkenal sebagai pahlawan
    C) Mereka terkenal sebagai penanam padi
    D) Mereka terkenal sebagai pelaut dan nelayan

10. Menurut masyarakat Kadazan dusun malapetaka seperti wabak penyakit dan bencana alam
      berpunca daripada...
      A) Tidak memelihara alam sekitar
      B) Tidak memuja roh atau semangat
      C) Tidak mematuhi unang-undang adat
      D) Masyarakat yang tidak bersatu padu

****......sekarang tepuk dada tanya diri adakah kamu mampu menjawab semua soalan ini dengan mudah dan kamu yakin dengan jawapan kamu?...sebenarnya ada bermacam-macam lagi bentuk soalan dengan pelbagai topik yang telah kamu pelajari oleh itu buatla latihan selalu yerk tiada buku latihan beli, tiada duit nak beli pinjan kat libry, tidak mampu jugak nak pinjam buat la latihan di dalam buku teks bersungguh-sungguh yea sayang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...