Monday 18 April 2011

2
Komen
hati seorang isteri.....

Hari ini hampir seminggu aku berada di Pasir Gudang meninggalkan suami yang berada di seberang Laut China Selatan. Sebagai seorang isteri berada disisi suami sentiasa adalah impian yang terindah. Ada juga pertanyaan yang singgah  'mengapa di tinggalkan suami jauh di sana tidak takutkah akan terjadi apa-apa'....tiada jawapan yang dapat aku suarakan hanya senyuman.  Bila aku pula berseorangan di sana apabila suami ke Sarawak ada juga pertanyaan 'tinggal sorang jer kat umah tak takut ke kat tempat orang'...aku juga tiada jawapan saat soalan itu dilontarkan tepat ke telingaku. Aku juga tiada jawapan mengapa aku dan suami masih lagi tidak ditakdirkan untuk tinggal sebumbung. Apa yang nyata aku ke sini bukan atas dasar suka-suka dan suami juga ke Sarawak bukan sengaja untuk membiarkan aku bersendiri, cuma masa untuk kami tinggal bersama sebumbung belum tiba.

Kesunyian dan kesedihan kerana kembali tinggal bersendirian seakan terubat setiap kali aku melangkah ke sekolah. Kegembiraan yang sebelum ini telah dikongsi dengan suami kini telah dikongsi dengan rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar. Namun kegembiraan itu tetap tidak dapat menandingi kegembiraan ketika berada disisi insan yang tersayang. Hanya doa kepada maha pencipta agar impian dan kegembiraan ketika bersama suami akan menjadi milik kami sekali lagi dan akan terus kekal ke akhir hayat kami.

Mengapa aku mengambil keputusan untuk kembali ke Johor setelah membuat keputusan untuk ke Sabah?...ini juga salah satu persoalan yang perlu aku jawab. Aku memang tiada jawapan untuk diberikan. Aku juga tidak tahu mahu menjelaskan mengapa, bagaimana, dan kenapa apa yang pasti apa yang aku lakukan ini untuk masa depan kami. Sampai bila kami akan terus begini?...hanya allah tempat aku meluahkan dan meminta agar dibukakan seluas-luas jalan, semudah-mudah jalan, semurah-murah rezeki agar tiba masa kami dapat bersama lagi kali ini tidak akan terpisah lagi.

Sekarang jika aku merindui suami atau teringatkan dia akan aku pasang kan lagu 'Baik-Baik Sayang' sebab suami aku menghadiahkan lagu ini buat aku setahun yang lalu......


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata dari mu
Yang aku ingin erti hadir diriku kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan-dengarkan aku
Hanya satu pintaku untuk mu dan hidupmu
Baik-Baik Sayang ada aku untuk mu
Hanya satu pintaku disiang dan malam mu
Baik-Baik Sayang kerna aku untuk mu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampu ku sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan-dengarkan aku.........

Penguat semangat..........................................

2 comments:

Zasillah Ariffin said...

sedih aku baca ni :(

NORA LIZA said...

realiti hidup yang perlu aku dan suami tempohi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...