Thursday 7 April 2011

0
Komen
selamat tinggal SEK TINGGI KOTA KINABALU.......

Semalam hari terakhir aku bergelar seorang guru di SMT Kota Kinabalu......walau seketika ia tetap memberi beberapa pengalaman baru. Kawan-kawan baru yang spoting dan best serta pelajar-pelajar yang sentiasa ceria. Waktu persekolahan yang lebih awal membuatkan aku ke sekolah pada jam 5.30 pagi setiap hari. Sesi persekolahan bermula jam 7 pagi. Sekolah cluster ini lengkap segala kemudahan dan pelajar di sini cukup meminati bola keranjang. Sebelum masuk ke kelas pada waktu pagi, masa rehat atau selepas waktu persekolahan pasti ada beberapa kumpulan pelajar yang akan bermain permainan ini. Pelajar di sini juga akan menundukkan kepala dan mengucapkan selamat jika berselisih dengan guru kadang-kala terasa seperti melihat cerita Jepun pula. Ramai di antara pelajar melayu atau bumiputera yang beragama islam rata-rata mampu bertutur dalam bahasa Cina. Itulah kelebihan mereka. Sekolah ini juga dilatari landskap semulajadi yang indah iaitu kelihatan gunung Kinabalu dan banjaran disekitarnya dengan jelas di setiap sudut Sekolah. Jadi kalo tension atau penat belajar mereka boleh la menyejukkan dan merehatkan minda dengan melihat keindahan alam.

        Minggu depan akan bermula lah episod aku kembali berada di Negeri Johor Darul Takzim yang tercinta. Adakah perlu aku menukar tajuk blog ini ke "From Sabah Ke Johor"? rasanya tidak perlukan kerana aku sendiri tidak pasti berapa lama aku akan berada di Johor kali ini. Aku berjauhan lagi dengan suami tercinta....moga perjalanan pulang aku kali ini akan turut sama membawa suami tercinta agar menetap di sini....doakan yer kawan-kawan agar aku juga dapat duduk sebumbung bersama insan yang aku cintai....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...