Sunday 3 April 2011

0
Komen
sebagai seorang PEREMPUAN.....

           Kita yang dilahirkan sebagai seorang perempuan adalah istimewa. Bermula dari salinan surat lahir yang tercatit 'Jantina Perempuan' sehingga kita meninggal dunia sekalipun di surat kematian kita tetap tercatit 'Jantina Perempuan'. Kita membawa nama Perempuan, sifat Perempuan dan perasaan sebagai seorang Perempuan walaupun di mana kita berada. Hidup di dunia ini sebagai seorang Perempuan adalah anugerah Allah yang tidak terhingga besarnya kepada kita. Walaupun kita sering tewas ditangan seorang Lelaki kadang-kala tertewasnya kita itu bersebab dan menambah pahala. Ini adalah kerana jika kita tewas di tangan suami kerana Allah pahala bagi kita, dan jika patuh kepada ayah atau abang kerana taat pada agama dan keluarga juga pahala menanti kita. Tapi sayang jika kita tewas ditangan Lelaki yang langsung tiada apa-apa pertalian sah dengan kita hanya kerana dunia.

           Menjadi seorang Perempuan bukan untuk disakiti, bukan untuk dipergunakan atas kepentingan duniawi. Tapi kita berada di atas muka bumi ini untuk saling melengkapi. Mustahil seorang Lelaki mampu berzuriat tanpa seorang Perempuan. Mustahil seorang Lelaki mampu Berjaya dalam hidupnya tanpa sokongan seorang Perempuan.Tidak kiralah Perempuan itu adalah ibu, emak, umi, nenek, kakak atau adik 'dia' tetap seorang Perempuan. Betapa besarnya peranan kita sebagai seorang Perempuan. Tetapi persoalannya berapa ramai Lelaki yang betul-betul menghargai seorang Perempuan? adakah kita perlu tunggu untuk dihargai atau kita perlu buat sesuatu untuk dihargai?......sesetengah perkara yang kita lakukan seharian sebagai seorang Perempuan memang patut untuk dihargai oleh seorang Lelaki contoh paling mudah memasak, menjaga rumah, menjaga maruah diri dan keluarga, melahirkan dan menjaga anak, setia dan patuh arahan suami atau ayah. Perlukah kita meminta-minta atau memaksa-maksa mereka untuk menghargai kita sebagai seorang Perempuan? Jawapanya tidak kerana seorang Lelaki yang tahu betapa pentingnya kita kepada mereka akan melakukannya dengan rela.......


    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...