Wednesday 23 March 2011

0
Komen
kata-kata itu bukan sekadar bicara....

Perkataan demi perkataan kita luahkan setiap hari. Bagi kita manusia ciptaan allah yang dianugerahkan kemampuan untuk bersuara, kata-kata lah yang akan memulakan segala-galanya. Contoh yang ketara kita akan bersuara di dalam hati agar orang lain tidak mengetahui dan mengeluarkan kata-kata melalui suara untuk meluahkan kehendak kita. Contoh yang paling mudah " saya mahu makan" adakah dengan hanya bersuara di dalam hati kita akan dapat menikmati makanan???..Tentunya tidak, tetapi ada sesetengah permintaan cukuplah hanya diluahkan tanpa suara.


Kata-kata yang kita luahkan selalunya berdasarkan apa yang ada difikiran kita. Kebiasanya kita tidak memikirkan kesan di atas kata-kata yang telah diungkapkan. Apa yang penting leganya setelah mengeluarkan kata-kata itulah yang kita rasa. Kuasa kata-kata terlalu hebat..malahan kita berdoa pada allah juga melalui kata-kata, menangis dan meritih juga dengan kata-kata walaupun ia kadangkala tidak terluah dengan suara.


Sesetengah kata-kata menjadi terlalu bermakna pada diri seseorang. Contoh yang paling mudah "saya sayang kamu" atau "saya benci kamu" samada kata-kata itu menggembirakan atau menyedihkan itulah risiko yang perlu kita hadapi saat mendengar kata-kata.


'Membisu seribu bahasa'....langsung tiada makna dan kata-kata juga bukan sekadar bicara. Banyak manfaat yang kita sebenarnya boleh beri kepada orang lain hanya melalui kata-kata. Kejujuran dan keiklasan untuk meluahkan perkataan yang boleh memberi semangat, panduan atau pun ilmu  kepada orang lain adalah kata-kata yang berguna. Tetapi kata-kata yang boleh mengguris, menyakiti hati orang lain cubalah dijauhi.


Kata-kata itu bukan sekadar bicara kosong tapi mungkin akan memberi makna pada yang mendengarnya.......





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...