Friday 18 March 2011

7
Komen
sabah bah part 2...huhuhu....

"hujan Emas di tempat orang hujan Batu di tempat sendiri...lebih baik tempat sendiri"...itulah peribahasa yang selalu kita dengar dari kecil...Tapi bagi aku selagi kita berada di Malaysia di mana pun kita berada kita tetap dihujani dengan hujan "Emas"......"Langit tidak selalunya cerah"...aku lebih suka kata-kata ini....di mana juga kita berada pastinya tujuan utama kita berada di situ atas sebab-sebab tertentu. Begitu juga aku, aku berada di sini jauh dari saudara-mara atau kenalan lama hanya kerana ingin hidup bersama suami tercinta. Walaupun hampir dua tahun kami bernikah tapi kami tidak pernah berada di satu bumbung yang sama terlalu lama. Pastinya laut China Selatan kerap memisahkan kami. Namun takdir yang menentukan segala-galanya walaubagaimanapun kita berusaha jika bukan rezeki atau hak kita pastinya tetap bukan menjadi hak kita. Genap dua bulan kami tinggal sebumbung kami terpisah lagi..kali ini suami ku pula terpaksa menjalankan tanggungjawab kepada negara terpaksa berada di Sarawak. Dugaan hidup aku bermula sekali lagi..tapi aku redha jika ini yang telah tertulis dan terbaik bagi kami.
Betul kata orang jauh di mata dekat dihati, dan hati ini hanya untuk suami ku yang ku rindui. Kini segala-galanya aku lakukan sendiri. Jika sebelum ini suami yang mengaturkan segala-gala untuk aku ke sana kemari sekarang hanya panduan 'google Maps' dan GPS yang sentiasa menemani aku. Bukan senang berada jauh dari keluarga yang sudah hampir 30 tahun menemani aku. Seingat aku aku berada jauh dari keluarga pun ketika belajar di KUSTEM, Terengganu itu pun dua minggu sekali atau paling tidak pun sebulan sekali aku pasti menjengah kampung tercinta. Kini bukan senang untuk kembali kerap seperti dulu banyak faktor yang aku perlu timbangkan. Mungkin ini yang dikatakan dugaan berumahtangga yang telah terlebih dahulu dilalui oleh kedua ibu bapa kita......
Redha dengan dugaannya itulah yang terbaik bagi kita. Disaat aku kehilangan punca kerana tiada siapa-siapa berada disekitar aku, Allah beri aku peluang berjumpa rakan-rakan baru. Allah maha mendengar, maha memahami dan maha pemberi............
Semoga kami suami isteri akan sentiasa bersama dalam suka dan duka........



i miss my family so much......

7 comments:

siti zaleha said...

huwaaaa...sunyinyer....kesian kat awak...semoga tabah...ada kalanya, sesuatu yg kita dambakan bukanlah sesuatu yg terbaik buat kita...apapun, terimalah ketentuanNYA dengan penuh redha dan tabah...kerna disebalik tiap kesulitan pasti ada kemudahan..InsyaAllah.emmm...sy dalam perancangan ke Sabah...nanti bolehlah awak bawak sy jalan2 ye...;)

NORA LIZA said...

hore-hore boleh cikgu....he3..saya pun menyangka saya akan melalui keadaan ini huhuhu...saya redha walaupun kadang kala merintih...

D'Kurnia...eilah said...

alahai...siannye kawan aku ni...ape2 pun kite mesti truskan hidup ni walau apa pun yang kite lalui..walau tnpa org yang kita sayngi...yang baru akan menjadi satu pengalaman yang akan mengajar kita erti kehidupan sebenar...life must go on..my dear friend..u must be strong..:))

NORA LIZA said...

thnks sue...aku akan cube jadi kuat...sekadar berkongsi cerita tentang hakikat kehidupan....huhuhu...

Puan Avy (Lisz Nurizaliza) said...

Sabar...sabar...aku pun dh rasa..jauh dr fmily sjk SPM..dgn Nuri lgila..sejak form 4..keh2....tp skrg aku dh kt Jhor kembali...ko kena kuatkn hati!!

md sha said...

ha akak nora sbo la...kite org kt sini pon rindu kat kak nora jugak,sape yg nk jauh dri keluarge....lau bleh sume nk dkt jerk...xnk bepisah......antare stu gan yg laen...lau bleh kehilangan pon xnk....tp ape kn daye....masing2 mempunyai tnggungjwb sendiri.....kak nora sabo ea:-)

NORA LIZA said...

huhuhu....thnks u my cousin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...