Sunday 27 March 2011

2
Komen
Sejarah Tingkatan 1 dan 2



Kejarlah cita-cita mu walau setinggi mana kerana diwaktu ini kamu hanya perlu berusaha untuk ke arah itu........

Hari ini kat chatbox fb seorang lagi bekas pelajar saya menyatakan markah sejarahnya yang tidak begitu memberangsangkan.Balik-balik kat chatbox Fb ngadu soalan susah sangat. Bila ditanya adakah mereka mengikuti cara belajar matapelajaran sejarah yang telah diajar dahulu jawapannya "alamak saya lupa la cikgu....".

Sebenarnya matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang terlalu menyeronokkan. Bekas pelajar saya masih ingat kan lagi saya kata tidak ada satu pun di dunia hari ini yang bermula tanpa Sejarah. Masih ingatkah maksud "sejarah" yang telah di definisikan oleh Herodotus, Ibn Khaldun dan Muhd Yusuf Ibrahim? Ketiga-tiga Sejarawan ini memberikan definisi sejarah secara amnya tentang perkara yang telah berlaku berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Matapelajaran sejarah adalah pembelajaran tentang bagaimana bermulanya sesuatu kerajaan, negara, negeri, daerah, kampung, masyarakat ataupun bagaimana bermulanya kemajuan kepada manusia.

Setiap apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari peristiwa yang telah berlaku dahulu. Sebab itu la ada pendapat mengatakan jika kita tidak mengingati atau mengetahui tentang sejarah, kita akan melalui sejarah itu sekali lagi. Saya pasti kamu tidak mahukan negara kita dijajah atau mundur seperti sebelum zaman kemerdekaan? Oleh itu kamu perlu mempelajari Sejarah bersungguh-sungguh sebagaimana kamu meminati BI, Matematik, Sains atau pelbagai lagi matapelajaran. Kalau la matapelajaran Matematik yang memerlukan pengiraan yang pelbagai kamu boleh score inikan pula Subjek Sejarah yang hanya memerlukan pemahaman, kesan dan akibat dari peristiwa kamu tidak boleh nak score sayang sungguh.......

Rata-rata kamu akan mengatakan bahawa subjek sejarah banyak nak hafal...jadi kamu malas untuk menghafal betul kan? Subjek Sejarah merangkumi penjelasan tentang sesebuah peristiwa yang telah berlaku pada waktu dahulu beserta bukti-bukti yang sahih. Contohnya mengapa di negeri Melaka terdapat Kota A Famosa? ini adalah kerana negeri itu pernah dijajah oleh Portugis. Setiap yang berlaku hari ini dapat dijelaskan dengan mudah jika kamu faham dan tahu tentang sejarah yang telah berlaku dahulu.  Jangan membaca buku teks tanpa meringkaskan itu yang penting. Maksud saya ketika kamu membaca sesebuah sub tajuk itu keluarkan nota dan salin mana-mana bahagian yang kamu rasa penting untuk sub tajuk tersebut. Buat yang paling ringkas tetapi mampu menerangkan keseluruhan sub tajuk itu kepada kamu. Kemudian selepas meringkaskan kamu cuba lukiskan peta minda atau lukis keadaan yang berlaku pada subtajuk itu. Contohnya SHTI mengambil alih Pulau Pinang...kamu boleh melukis peta Semenanjung tanah Melayu labelkan di mana Pulau Pinang, lukis kapal SHTI mahu ke Pulau Pinang kemudian secara ringkas labelkan sebab mengapa SHTI ingin menambil Pulau Pinang dan seterusnya.....

Saya percaya bekas pelajar saya masih mengingati pelbagai teknik yang saya ajar telah untuk memudahkan kita mengingati cerita sesuatu peristiwa di dalam subjek Sejarah. Selain dari buat nota ringkas, melukis dan melabel kamu juga boleh bercerita dengan kawan kamu tentang apa yang telah kamu baca dan faham tentang sesebuah tajuk itu. Tahukah kamu dengan bercerita dengan orang lain akan menambahkan lagi pemahaman dan ingatan kamu tentang sesuatu tajuk itu. Sebab itu lah dulu saya suka kamu membentangkan tajuk di hadapan kelas atau menjawab soalan lisan dari saya.

Selain itu, persediaan minda kamu untuk menerima maklumat dari guru amat penting. Sebab itu sebelum ke kelas kamu perlu membaca tajuk yang akan cikgu ajar pada hari itu. Jadi bila cikgu kamu menerangkan di kelas minda kamu sudah bersedia menerimanya dengan baik. Persediaan awal memang penting pelajar sekalian ingat tu.

Latihan jangan tinggal buat selalu itu la yang akan menambahkan lagi kefahaman kamu tentang tajuk yang telah diajar. Jangan anggap ia sukar untuk kamu sebenarnya kamu yang malas nak buat bersungguh-sungguh.


Cara menjawab soalan sejarah....yang pertama kena ada ilmu atau maklumat tentang soalan yang kamu hendak jawab. Kalau subjek sejarah tingkatan 2 jadi dekat kepala kamu mesti ada maklumat tentang subjek tersebut kalau kat kepala kamu cuma ada maklumat tentang Cybercafe, games online macammana nak jawab soalan Sejarah????....cam ne nak dapatkan maklumat??? apa lagi melalui pembacaan, nota ringkas, latihan yang telah dibuat dan pemahaman tentang tajuk. Pilihan jawapan biasanya ada 4 pilih 2 yang paling salah dan abaikan. Dari 2 yang tinggal cari 1 yang paling tepat. Ingat lagi tak kita pernah bt cara ni tahun lepas???.....

Cuba jadikan sub tajuk yang kamu pelajari itu sebagai sebuah cerita yang menarik di minda kamu. Contohnya Tajuk Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak. Bayangkan jalan cerita untuk tajuk ini, lukiskan peta Negeri Sarawak dan Brunei, labelkan di mana kawasan yang terlibat, senaraikan nama-nama utama yang berada di dalam peristiwa ini, contohnya Pangeran Raja Muda Hashim, Pangeran Indera Mahkota, James Brooke, Pembesar Sarawak ataupun watak-watak lain yang boleh membantu kamu memahami peristiwa ini. Senaraikan sebab-sebab mengapa keluarga Brooke berjaya menguasai Sarawak dan bukti-bukti bagi menyokong pemahaman kamu seperti perjanjian-perjanjian yang terlibat di dalam peristiwa ini.

Apa yang penting kamu jangan berputus asa jika gagal sekali, masih ada lagi waktu untuk bermula semula. Sekarang buat yang terbaik untuk diri sendiri....jangan asyik merungut dan salahkan orang lain tapi kamu sendiri sebenarnya yang tidak mahu melakukannya....Percayalah saya sentiasa menyokong kamu selagi kamu buat yang terbaik dan saya doakan agar kamu semua akan berjaya dunia dan akhirat...amin

2 comments:

D'Kurnia...eilah said...

alamak!!!...nape mase sek dulu..aku x mnt sejarah...ko minat rupe nye...baru aku tau skrg...

NORA LIZA said...

huhu..malu nak ngaku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...